Kelas Softskills (Pengenalan kepada Kemahiran Insaniah)

28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 27 Januari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Pengenalan kepada Kemahiran Insaniah’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas penting dalam membentuk kemahiran insaniah dalam diri.

Antara pengisian semasa kelas ialah semua peserta diterangkan mengenai definisi am kemahiran insaniah yang masih banyak individu tidak mengetahui dan kurang jelas mengenai. Peserta kemudiannya diterangkan mengenai jenis-jenis dan contoh-contoh kemahiran insaniah yang patut dikuasai dan ada pada dalam diri setiap individu terutamanya golongan muda dan belia seperti kemahiran berkomunikasi. Terdapat sesi soal jawab pada akhir kelas bagi menguji pemahaman peserta mengenai apa yang telah diterangkan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali